suria

Covid-19: Malaysia rekod 7,105 jangkitan baharu, Selangor kekal catat jumlah kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 7,105 kes positif Covid-19 pada Selasa.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 7,105 kes baharu, menjadikan keseluruhan 579,462 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 80,474 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 7,105 kes baharu yang dilaporkan, 7,103 kes merupakan penularan tempatan dan baki dua kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 6,824 kes baharu Covid-19, Selangor kekal jangkitan tertinggi

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,068 kes, diikuti Kuala Lumpur (817), Sarawak (703) dan Kelantan (531).

Perlis pula merekodkan sifar jangkitan pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 71 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,867 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 6,083 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 496,121 kes.

"Sehingga kini, terdapat 872 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 419 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain