suria

Malaysia catat 6,824 kes baharu Covid-19, Selangor kekal jangkitan tertinggi

Petugas memakai PPE mengendalikan kes Covid-19. -gambar hiasan foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6,824 baharu pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 572,357 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 79,523 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 6,999 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor rekod kes harian tertinggi

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,111 kes, diikuti Kelantan (695) dan Sarawak (654).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 67 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,796 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 5,251 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 490,038 kes.

"Sehingga kini, terdapat 851 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 422 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain