suria

Kecemasan? Ismail Sabri minta rakyat jujur mohon rentas negeri - “Mungkin boleh tipu polis tapi bukan Covid-19”

Setiap sekatan yang dilaksanakan kerajaan terhadap rakyat dibuat selepas mendapat laporan penilaian daripada KKM.

ORANG ramai diminta bersikap jujur dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila memohon kebenaran untuk merentas negeri atau daerah.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi mengelakkan berlaku keadaan permohonan perjalanan dengan alasan kecemasan yang jujur akhirnya ditolak oleh pihak berkuasa hanya kerana sikap tidak jujur individu lain.

ARTIKEL BERKAITAN:Semua surat Miti terbatal mulai 1 Jun! Pergerakan terhad 10km dari kediaman, hanya 2 individu dalam satu kereta

"Saya minta perlu jujur apabila ke balai minta kebenaran, (contoh) untuk lawat ibu yang sakit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya difahamkan banyak kes permohonan perlu ditolak kerana meragukan, bagaimanapun banyak juga berlaku kes yang jujur seperti benar-benar nak lawat mak sakit tapi sebab polis begitu hati-hati sampai si ibu meninggal," katanya dalam sidang media Ahad petang.

Ismail Sabri berkata, bagi mengelakkan daripada jangkitan Covid-19 terus menular di negara ini polis perlu membuat pertimbangan memberi pelepasan dengan berhati-hati.

"Kita mungkin boleh tipu pihak polis tapi tidak boleh tipu Covid-19 yang ada di mana-mana.

"Itulah yang berlaku pada Aidilfiti lepas yang mana pelbagai cara diguna sehingga wujud kluster hari raya," katanya.

Ismail sabri berkata, setiap sekatan yang dilaksanakan kerajaan terhadap rakyat dibuat selepas mendapat laporan penilaian daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau memberi contoh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan kes harian akan meningkat kepada 13,000 hingga 15,000 sehari jika ziarah Aidilfitri dibenarkan.

Setakat ini, kes harian tertinggi yang direkodkan di Malaysia adalah adalah 9,020 kes (29 Mei 2021), kira-kira dua minggu selepas sambutan Aidilfitri.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain