suria

6,999 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor rekod kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,477 kes.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 6,999 kes baharu pada Ahad.

Ia sekaligus menjadikan keseluruhan 565,533 kes setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,477 kes. Ia diikuti Kuala Lumpur (616), Kelantan (612) dan Sarawak (513).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 2,729 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 2,729 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 78 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,729 kes," ujarnya menerusi sidang media, Ahad petang.

Sehingga hari ini, 5,121 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 484,787 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 846 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 419 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain