suria

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia

Pemergian Allahyarham diumumkan menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak pada Ahad petang.

MUFTI Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria disahkan meninggal dunia.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak pada jam 2.45 petang, Ahad.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Perkara itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak pada Ahad petang.

Paparan skrin posting di Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak.

Rata-rata pelayar Facebook turut menzahirkan rasa terkejut dan menyampaikan ucapan takziah atas pemergiannya.

Memetik laporan Sinar Harian, Allahyarham yang berusia 82 tahun disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB berikutan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Harussani dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain