suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail Sabri, Dr Noor Hisham adakan taklimat bersama petang ini, dijangka umum SOP ‘total lockdown’

Ismail Sabri (kiri) dan Dr Noor Hisham dijadualkan mengadakan taklimat media bersama, petang Ahad.

PENGUMUMAN mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan langkah-langkah lain berkaitan dengan pelaksanaan 'total lockdown' dijangka dibuat menerusi taklimat bersama oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Taklimat itu akan disiarkan secara langsung pada pukul 5 petang Ahad (30 Mei) di pelbagai saluran termasuk halaman Facebook dan saluran YouTube, Bernama TV.

Kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 minggu 'total lockdown' mulai 1 Jun

Menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat, pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain