suria

Selamba keluar rumah beli minuman, lelaki pakai gelang pink dikompaun RM4,000

Lelaki berusia 53 tahun yang dikompaun RM4,000 kerana melanggar perintah kuarantin. Foto: Sinar Harian

SERINGKALI kita disajikan dengan berita mengenai sikap segelintir individu yang melanggar perintah kuarantin dan tanpa rasa bersalah keluar dari kediaman masing-masing walaupun memakai gelang kuarantin.

Terbaharu, seorang lelaki menerima padahnya apabila dikenakan kompaun RM4,000 selepas didapati keluar rumah bagi membeli minuman di sebuah kedai di Taman ACBE petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, tindakan lelaki berusia 53 tahun itu yang memakai gelang kuarantin disedari orang ramai kira-kira jam 5 petang sebelum menghubungi polis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia memandu kereta secara sendirian dari rumahnya yang terletak berhampiran kedai runcit namun tidak masuk ke dalam kedai.

"Dia kemudiannya ditahan dan dikompaun RM4,000 kerana gagal mematuhi perintah kuarantin yang dikenakan ke atasnya," katanya.

Berdasarkan rekod, lelaki tersebut menjalani kuarantin bermula Khamis lalu sehingga 6 Jun ini.

Chang Hook menambah, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas individu yang didapati melanggar perintah kuarantin kerana mereka wajib berada di rumah bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain