suria

Malaysia beri kelulusan untuk vaksin AstraZeneca buatan Thailand

Malaysia meluluskan vaksin AstraZeneca buatan Thailand untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Foto: FB Dr Noor Hisham

PENDAFTARAN bersyarat telah diluluskan untuk vaksin AstraZeneca yang dihasilkan di Thailand, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang berlangsung pada Jumaat (4 Jun).

ARTIKEL BERKAITAN: 260,000 slot suntikan vaksin AstraZeneca habis ditempah

"Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana kepada produk vaksin Covid-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection keluaran AstraZeneca daripada pengilang kedua iaitu Siam Bioscience Co., Ltd, Thailand.

"Pengilang kedua ini merupakan pengeluar yang akan menjadi sumber bekalan vaksin AstraZeneca untuk kegunaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, PBKD telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi pengilang Medimmune Pharma B.V., Netherlands, yang merupakan pengeluar bagi bekalan vaksin Covid-19 AstraZeneca ke negara-negara Eropah, pada 2 Mac.

Pada 2 April, PBKD juga meluluskan pendaftaran bersyarat untuk vaksin AstraZeneca yang dibekalkan melalui fasiliti Covax oleh pengilang Korea Selatan SK Bioscience.

Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa Malaysia menerima vaksin AstraZeneca melalui dua saluran, terus dari pengeluar dan melalui fasiliti Covax.

Bekalan vaksin AstraZeneca yang bakal diterima daripada pengilang Siam Bioscience Co., Ltd ini dijangka dapat mempertingkatkan kadar vaksinasi di bawah PICK dengan lebih pantas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dr Noor Hisham menambah bahawa AstraZeneca, sebagai pemegang pendaftaran produk vaksin, harus mengemukakan data-data tambahan dan terkini produk vaksin tersebut dari semasa ke semasa, bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatannya sentiasa dikemaskini dan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif.

"Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan," katanya lagi. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain