suria

260,000 slot suntikan vaksin AstraZeneca habis ditempah

Orang ramai masih boleh mendaftar dan diletakkan di dalam senarai menunggu buat sementara waktu.

PENDAFTARAN slot suntikan vaskin AstraZeneca penuh dalam tempoh tiga jam setengah selepas ia dibuka kepada orang ramai pada 12 tengah hari, Ahad.

Pada pukul 3.20 petang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menulis tweet bahawa semua 260,000 slot di empat pusat vaksinasi di Lembah Klang telah didaftar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun, orang ramai masih boleh mendaftar dan diletakkan di dalam senarai menunggu buat sementara waktu.

Dalam tweet sama, Khairy memohon maaf atas gangguan teknikal yang berlaku ketika pendaftaran.

Khairy juga berkata, Malaysia dijangka mendapat sejuta lagi dos vaksin AstraZeneca bulan ini dan akan memperluas peluang kepada mereka yang tinggal di negeri lain untuk memilihnya.

Vaksin AstraZeneca tidak akan digunakan dalam Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tetapi diberikan melalui pusat vaksinasi khusus (PPV) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kebimbangan mengenai AstraZeneca muncul setelah beberapa kes pembekuan darah muncul di kalangan penerima vaksin.

Namun, Khairy memberi jaminan kepada orang ramai bahawa vaksin AstraZeneca telah terbukti selamat dan berkesan.

Ujarnya, jumlah kejadian (pembekuan darah) sangat jarang berlaku, dengan hanya empat kes daripada satu juta orang di seluruh dunia. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain