suria

Rakyat Malaysia mula terima notifikasi janji temu suntikan AstraZeneca - “Macam tunggu keputusan SPM”

Fatin Najwa Muhammad Zahid meninjau laman web pendaftaran vaksin AstraZeneca pada Ahad. foto AZMAN GHANI/The Star

SEBAHAGIAN rakyat Malaysia telah menerima pengesahan janji temu untuk menerima suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) secara sukarela menerusi aplikasi MySejahtera, manakala yang lain masih menantikannya.

Rata-rata mereka berkongsi tangkap layar janji temu itu di media sosial, sebaik mereka berjaya mendapatkan slot untuk suntikan vaksin itu, pada Ahad.

Seorang pengguna Twitter, HadzWadi berkata: "Saya dah dapat saya punta sir, berjalan kaki 10 minit dari asrama! Terima kasih!" katanya yang turut membuat pautan pada akaun Twitter, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

ARTIKEL BERKAITAN: 260,000 slot suntikan vaksin AstraZeneca habis ditempah

Seorang lagi pengguna Twitter, Damian Zola berkata: "YB, ini adalah kejayaan besar daripada pihak anda. Saya baru saja mendapat notifikasi saya dan begitu gembira. Terima kasih. Saya berharap YB membina momentum ini dan memastikan negara kita mencapai ketahanan imunisasi secepat mungkin," katanya.

Pengguna Twitter, Yussalman berkata: "Cukup benar saya bangun hari ni dapat janji temu AZ dalam aplikasi MySejahtera. Terima kasih YB," katanya.

Antara lain seperti Steve Soon masih menunggu notifikasi.

"Saya telah periksa sejak awal pagi, sangat teruja dan berharap mendapat pengesahan janji temu tidak lama lagi. Macam menunggu keputusan SPM," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Khairy menerusi ciapan di Twitter berkata: "Sebilangan orang akan bangun mendapat janji temu AZ mereka di MySj (aplikasi MySejahtera) mereka. Ia akan digerakkan secara progresif sepanjang hari ini. Sebarang masalah sila hubungi @JKJAVMY."

Beliau juga menyatakan bahawa Malaysia akan menerima satu juta dos lagi bulan ini melalui Covax.

"Kita akan memperluaskan pilihan di negeri-negeri lain (kecuali Sarawak yang menolaknya) dan memastikan mereka yang tidak mempunyai akses internet dan lain-lain juga dapat mendaftar," tambahnya. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain