suria

Didakwa langgar SOP, polis siasat majlis iftar dihadiri selebriti

Setakat ini tiga individu daripada pihak penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel telah dipanggil memberi keterangan.

TATKALA kes Covid-19 semakin meningkat, ada golongan tertentu dilihat selamba menghadiri majlis-majlis secara terbuka.

Dalam perkembangan terbaharu, polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada majlis berbuka puasa yang dihadiri beberapa selebriti tempatan di ibu negara baru-baru ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, setakat ini tiga individu daripada pihak penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel telah dipanggil memberi keterangan.

Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada majlis berbuka puasa yang dihadiri beberapa selebriti tempatan di ibu negara baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, setakat ini tiga individu daripada pihak penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel telah dipanggil memberi keterangan.

Beliau berkata, polis Kuala Lumpur menyeru orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan, sekiranya gagal tindakan boleh diambil di bawah peruntukan undang-undang.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes terbabit boleh salurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 dan IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Penganjuran majlis berkenaan mengundang rasa tidak puas hati segelintir netizen yang mempertikai SOP seperti penjarakan fizikal ketika berlangsungnya program itu. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain