suria

3,418 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor masih rekod kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,200 jangkitan baharu pada Ahad.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 3,418 kes baharu pada Ahad.

Ia menjadikan keseluruhan 415,012 kes setakat 2 Mei 20202.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Hasil saringan di pintu masuk utama negara, Malaysia kesan kes pertama mutasi berganda dari India

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,200 jangkitan baharu pada Ahad.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia diikuti Sarawak dengan 587 kes, Kelantan (400) dan Johor (213).

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter pada Ahad petang.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 12 kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,533 kes," kata Dr Noor Hisham.

Sehingga hari ini, 2,698 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 383,140 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 345 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 175 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain