suria

PKP 3.0 bakal dilaksanakan di beberapa negeri... bazar Ramadan, sekolah akan ditutup, makan di restoran tak dibenarkan - Sumber

Sumber memberitahu kerajaan bakal melaksanakan PKP3.0 di beberapa negeri. Gambar hiasan

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilaksanakan di beberapa negeri mulai esok, demikian menurut sumber.

Negeri-negeri yang tertakluk kepada perintah tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Menurut sumber, PKP yang baharu itu hampir menyamai PKP 2.0 yang dilaksanakan pada Januari lalu di beberapa negeri yang menyaksikan penutupan sekolah serta larangan mengadakan aktiviti sosial dan keagamaan, melainkan kegiatan ekonomi.

Difahamkan, di bawah pelaksaan PKP 3.0, orang ramai tidak lagi dibenarkan menikmati makanan di retoran dan kemungkinan penutupan bazar Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan nilai semula PKP di negeri catat peningkatan mendadak kes Covid-19

Sumber juga memberitahu, kerajaan meneliti pelaksaan PKP 3.0 memandangkan ia bakal mempengaruhi Aidilfitri dan juga operasi bazar Ramadan yang dibenarkan sebelum ini.

Sumber memberitahu, pengumuman mengenai PKP 3.0 dijangka dilakukan pada hari ini.

"PKP di lima daerah di Kedah semalam adalah sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara pada Jumaat. Tetapi kami memutuskan untuk melaksanakannya di Kedah lebih awal kerana keadaannya membimbangkan," katanya.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PKP yang sedang berkuat kuasa ketika ini akan dinilai semula khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak.

Ujarnya, penilaian semula ini penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang diambil berkesan dalam membendung penularan wabak berkenaan yang sedang meningkat di dalam dan luar negara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ujar Muhyiddin, kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan Covid-19.

Menurutnya, premis-premis yang berkenaan akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati sejumlah besar individu positif Covid-19.

"Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan mengawal dan membendung penularan jangkitan Covid-19 secara bersasar," ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain