suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan nilai semula PKP di negeri catat peningkatan mendadak kes Covid-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto: Bernama

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa ketika ini akan dinilai semula khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penilaian semula ini penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang diambil berkesan dalam membendung penularan wabak berkenaan yang sedang meningkat di dalam dan luar negara.

Ujar Muhyiddin, kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurutnya, premis-premis yang berkenaan akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati sejumlah besar individu positif Covid-19.

"Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan mengawal dan membendung penularan jangkitan Covid-19 secara bersasar," ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

"Melalui sistem ini pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi.

"Saya menyeru orang ramai sentiasa mematuhi SOP ditetapkan serta elak berada di tempat sempit dan sesak bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat," katanya lagi. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, PKP, peningkatan mendadak, SOP

Artikel Lain