suria

Covid-19: Jangkitan baharu 2,881, Selangor catat jumlah kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 2,881 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,881 kes baharu, menjadikan keseluruhan 411,594 kes setakat Sabtu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 29,631 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 2,881 kes baharu yang dilaporkan, 2,865 kes merupakan penularan tempatan dan baki 16 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin naik... Malaysia catat 3,788 kes baharu Covid-19, Selangor rekod jangkitan tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 759 kes, diikuti Sarawak (445), Kelantan (442), Kuala Lumpur (315) dan Johor (310).

Perlis pula merekodkan sifar jangkitan pada hari ini, manakala Labuan dan Putrajaya masing-masing dengan tiga kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 15 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,521 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 2,462 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 380,442 kes.

"Sehingga kini, terdapat 337 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 178 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain