suria

Ayob Khan dicadang terajui JSJ, KPN sempat bergurau skil tebar roti canai Ketua Polis Johor disukai ramai

Ayob Khan disebut-sebut ramai supaya dinaikkan pangkat. Foto kanan menunjukkan Ayob Khan mahir menebar roti canai.

KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay telah dicadangkan untuk menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman seterusnya, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata demikian ketika ditanya siapa yang bakal memegang jawatan Timbalan KPN selepas penggantinya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah menggalas tugas baharu.

"Pengarah Bukit Aman yang paling kanan adalah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya, Pengarah Pengurusan, Datuk Ramli Din dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Razarudin Husain.

ARTIKEL BERKAITAN: Acryl Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu tebar roti canai, kini Ketua Polis Johor... Ayob Khan tak lupa asal usul

"Mereka adalah tiga pengarah paling kanan. Terserah kepada Perdana Menteri.

"Kita telah mencadangkan agar Ayob dinaikkan pangkat mengambil alih jawatan pengarah JSJ. Ramai yang mahu beliau dinaikkan pangkat," katanya pada sidang media terakhirnya pada Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Abdul Hamid juga bergurau mengenai ramai yang menyukai cara Ayob menebar roti canai, yang merujuk kepada video yang tular menunjukkan Ketua Polis Johor itu menunjukkan kepakarannya dalam masakan.

Kontrak Abdul Hamid berakhir pada Isnin depan, dengan Acryl Sani akan mengambil alih jawatan sebagai KPN. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain