suria

Sabar... SOP Aidilfitri, rentas daerah dijangka diputus minggu depan

Sidang khas MKN minggu depan dijangka putuskan SOP Aidilfitri, rentas daerah. -gambar hiasan

PROSEDUR operasi standard (SOP) bagi perayaan Aidilfitri tahun ini terus menjadi tanda-tanya.

Namun, memetik laporan Sinar Harian pada Jumaat, SOP Aidilfitri dan rentas daerah dijangka diputuskan dalam Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan, kata Menteri Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini Ismail Sabri berkata, SOP bagi sambutan Aidilfitri masih diperhalusi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan MKN.

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian sia-sia... tiada pengumuman SOP Aidilfitri seperti dijanjikan - "100 kali masih bincang, bincang, bincang"

Terdahulu, media melaporkan bahawa Ismail Sabri bakal mengumumkan SOP sempena Aidilfitri dalam sidang medianya pada petang Selasa.

Bagaimanapun, pada sidang media berkenaan, kerajaan belum mengumumkan SOP perayaan Aidilfitri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain