suria

Salam takziah... Adun Melor meninggal dunia

Dr Md Yusnan Yusoff meninggal dunia pada awal pagi Jumaat.

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Dr Md Yusnan Yusoff meninggal dunia di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan awal pagi Jumaat.

Md Yusnan yang juga Timbalan Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau dipercayai mengalami serangan jantung.

Perkara tersebut dikongsi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dilaman sosial Facebook rasminya, awal pagi tadi.

Menurut Ahmad, semenjak dilantik sebagai timbalan Exco pada tahun 2013, arwah sentiasa berusaha menggerakkan secara aktif Jawatankuasa Pengkajian Enakmen Negeri Kelantan dengan memfokuskan kepada usaha menyemak Enakmen-enakmen sedia ada dan mencadangkan beberapa Rang Undang-undang (RUU) untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bekas pembantu Professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu pernah berkhidmat sebagai Pakar Pendidikan di Education Directorate, Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), Rabat, Morocco sebelum dilantik sebagai ADUN Melor sejak tahun 2013.

"Saya mewakili saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," katanya. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain