suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayob Khan amal surah Yasin, Kursi sebagai benteng sihir

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay percaya rezeki hidup dan mati ditentukan Allah.

BUAT kerja ikhlas kerana Allah.

Begitulah kata-kata yang diungkapkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengenai prinsipinya dalam bekerja.

Malah, beliau tidak menafikan ada pihak yang tidak suka dengan ketegasan serta tindakannya menguatkuasakan undang-undang hingga sanggup menggunakan sihir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, beliau percaya rezeki hidup dan mati ditentukan Allah.

Katanya, seseorang itu tidak dapat melakukan pekerjaannya jika takut kepada makhluk lain.

"Kita jangan angkuh, jangan cakap besar, paling penting buat kerja dengan ikhlas kerana Allah.

"Rezeki hidup mati kita bukan manusia yang tentukan tapi Allah yang tentukan, kalau takut kita tidak dapat lakukan kerja," katanya ketika berucap dalam Majlis Intan Executive Lecture Series: Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di Intan Kampus Wilayah Selatan di sini pada Khamis.

Ayob Khan turut berkongsi amalan tertentu bagi membentengi diri daripada terkena sihir.

"Memang ada.... khususnya orang Melayu, tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Tidak boleh berdepan dia guna cara halus, bomoh siam, macam-macam dan ada orang yang terkena.

"Insya Allah ayat kesembilan surah Yassin itu pendinding, kalau nak keluar rumah pun baca, InsyaAllah selain daripada ayat kursi.

"Tetapi kena yakin, memang benda-benda mistik itu ada, bukan tak percaya tapi kamu jangan yakin mereka yang menentukannya," katanya. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain