suria

3,332 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor masih catat kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,083 jangkitan baharu.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 3,332 kes baharu pada Khamis.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Seperti hari sebelumnya, Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,083 jangkitan baharu.

Ia diikuti Sarawak dengan 522 kes, Kelantan (401) dan Kuala Lumpur (359).

15 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,492 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 15 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,492 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 1,943 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 375,340 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 309 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 147 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain