suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Lepasi angka 3,000... jangkitan baharu 3,142, Selangor catat kes harian tertinggi

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,142 kes baharu, menjadikan keseluruhan 401,593 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 26,719 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,019 kes, Kelantan (523), Kuala Lumpur (440) dan Sarawak (416).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 15 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Selangor catat jumlah kes harian tertinggi, jangkitan baharu 2,733

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,477 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,822 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 373,397 kes.

"Sehingga kini, terdapat 306 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 151 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain