suria

Amrin CEO baharu TH

Amrin dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu.

DATUK Seri Amrin Awaluddin akan memikul tanggungjawab di Lembaga Tabung Haji (TH), selepas kurang empat bulan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dalam satu kenyataan, TH berkata, Amrin dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, berkuat kuasa 6 Mei ini.

Sumber mengatakan bahawa Amrin akan mengundurkan diri dari jawatannya di LTAT untuk menyertai TH.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau menggantikan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, yang menyertai TH sejak September 2019.

"Pelantikan Amrin sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu dipersetujui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri," menurut kenyataan TH. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain