suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Lagi 13 sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup

Penutupan membolehkan pihak berkuasa melakukan penilaian risiko, kerja-kerja mengesan kontak dan sanitasi di sekolah-sekolah yang terjejas.

SEBANYAK 13 sekolah lagi di Negeri Sembilan diarahkan agar ditutup akibat kes Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek.

12 sekolah akan ditutup selama dua hari bermula Rabu sehingga dan sebuah sekolah lagi ditutup pada Khamis.

12 sekolah yang diarah tutup bermula hari ini adalah SJKC Chung Hua, SMK Seremban 3, SJKC Pei Hua, SK Lavender Heights, SK Taman Seri Mawar, SM Teknik Tuanku Ja'afar, SJKT Convent (seluruh Seremban), SK Senawang 3, SK Mantin, SMAP Labu, SMK Kg Baru Si Rusa (Port Dickson) dan SK Kg Ladang Gemas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

SJKC Sino English di Seremban akan ditutup esok dan Jumaat.

Kata Rafie, ia bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan penilaian risiko, kerja-kerja mengesan kontak dan sanitasi di sekolah-sekolah yang terjejas.

Sebelum ini, 12 sekolah dimaklumkan tutup di negeri itu kerana kes Covid-19. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain