suria

Covid-19: Selangor catat jumlah kes harian tertinggi, jangkitan baharu 2,733

Malaysia merekodkan 2,733 kes baharu pada Selasa.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,733 kes baharu, menjadikan keseluruhan 398,451 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 25,414 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 2,733 kes baharu yang dilaporkan, 2,728 kes merupakan penularan tempatan dan baki lima kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Selangor catat jumlah kes harian tertinggi, jangkitan baharu 2,733

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 750 kes, diikuti Kelantan (484), Sarawak (432) dan Kuala Lumpur (377).

Labuan pula merekodkan sifar jangkitan pada hari ini, manakala Perlis dengan satu kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 13 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,462 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 2,019 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 371,575 kes.

"Sehingga kini, terdapat 294 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 138 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain