suria

Sekolah tutup selepas cuti Aidilfitri, 2 minggu PdPR sebelum sambung cuti penggal

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Md Jidin

PARA pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, bagi sekolah yang termasuk dalam kumpulan A, PdPR akan diadakan bermula 16 hingga 27 Mei, sementara yang berada di dalam kumpulan B pula adalah pada 17 hingga 28 Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa dalam dilema, gelisah susulan penutupan sementara 79 sekolah di Selangor

Kumpulan A adalah sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu kumpulan B pula sekolah di Perlis, Perak, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya.



Takwim cuti raya, PdPR dan cuti penggal sekolah yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

"Dalam konteks pelaksanaan PdP pula, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan.

"Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM," katanya dalam catatan di Facebook pada Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau juga berkata sekolah yang termasuk dalam kumpulan A akan bercuti sempena Aidilfitri dari 7 hingga 15 Mei, manakala kumpulan B dari 8 hingga 16 Mei.

Selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain