suria

Ibu bapa dalam dilema, gelisah susulan penutupan sementara 79 sekolah di Selangor

Banyak sekolah terpaksa ditutup susulan pengesanan kes positif Covid-19 dalam kalangan guru dan pelajar.

PENGUMUMAN arahan penutupan sebanyak 79 buah sekolah di Selangor berikutan pengesanan jangkitan Covid-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan pada Ahad, mengundang reaksi pelbagai daripada ini bapa.

Menerusi komen di media sosial, rata-rata golongan ibu bapa meluahkan rasa khuatir dengan keselamatan anak masing-masing berikutan penularan virus tersebut, tambahan lagi ada sekolah yang masih belum ditutup biarpun terdapat kes positif Covid-19 yang dikesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Semua sekolah dalam zon merah di Sarawak ditutup 2 minggu mulai esok

"Sekolah anak saya ni ada kes berbelas tapi sekolah tak tutup pun untuk sanitasi, hanya bilik darjah yang terlibat sahaja ditutup. Nak hantar anak sekolah pun risau," komen seorang pelayar.

"Hari ini pun saya cutikan anak, sebab semalam ada seorang murid darjah 6 positif. Kelas murid positif saja ditutup, yang lain dibuka. Risau selagi tak disanitasi," kata pelayar lain pula.

Namun dalam masa yang sama ada ibu bapa meluahkan rasa bimbang perkara tersebut memberi kesan kepada proses pembelajaran terutama pelajar yang menduduki peperiksaan besar.

"Tak nak pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) balik cikgu. Kesian anak. Moga Allah lindungi semua pelajar dan cikgu sekalian.

"Saya masih menghantar anak ke sekolah walaupun sebenarnya rasa yang macam-macam dah. Tak dihantar pembelajaran terlepas... dihantar risau keadaan semasa," komen pelaya lain pula.



Antara luahan ibu bapa susulan perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di sekolah.

Selain itu ada juga ibu bapa khususnya yang bekerja, meluahkan dilema memandangkan terpaksa mengambil cuti atau memikirkan alternatif lain sekiranya sekolah ditutup.

"Ramai ibu bapa dalam dilema. Harap-harap ada cara lain selain PdPR, sbb ramai ibu bapa yang bekerja yang tak sempat nak handle kelas online. Semoga kita semua dipermudahkan, dalam masa yang sama tak nak anak ketinggalan dalam pembelajaran," luah seorang pelayar lain.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam satu edaran pekeliling menyenaraikan sebanyak 79 buah sekolah di negeri itu ditutup sementara selama dua hari selepas kes positif Covid-19 dilaporkan.

Penutupan bermula 26 sehingga 27 April itu bagi memberi ruang proses sanitasi dan disinfeksi dijalankan di sekolah terbabit selepas berlaku penularan Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia termasuk 18 buah sekolah berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, PPD Hulu Langat (19) dan PPD Klang (15).

Turut diarahkan tutup ialah masing-masing sembilan sekolah di bawah PPD Gombak dan Petaling Utama, lima melibatkan PPD Hulu Selangor manakala PPD Kuala Langat dan PPD Sepang masing-masing merekodkan dua buah sekolah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, JPN, Selangor, sekolah ditutup

Artikel Lain