suria

2,690 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor rekod kes harian tertinggi

283 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 121 kes memerlukan bantuan pernafasan.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,690 kes baharu, menjadikan keseluruhan 392,942 kes setakat Ahad.

Daripada 2,690 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat 10 jangkitan luar negara dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 2,717 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor rekod kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 751 kes diikuti Sarawak (595) dan Kelantan (424).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 10 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,436 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 10 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,436 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sehingga hari ini, 1,853 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 367,753 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 283 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 121 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain