suria

2,717 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor rekod kes harian tertinggi

Ia menjadikan keseluruhan 390,252 kes direkodkan setakat Sabtu.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,717 kes baharu.

Ia menjadikan keseluruhan 390,252 kes direkodkan setakat Sabtu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 768 jangkitan baharu diikuti Sarawak (570) dan Kelantan (518).

Rangkuman kes harian itu dimaklumkan menerusi laman sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu petang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 11 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,426 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 11 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,426 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 2,292 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 365,900 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 272 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 124 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain