suria

Fahmi Reza ditahan polis, kes sedang disiasat Bukit Aman

Polis mengesahkan penangkapan itu, sambil menambah bahawa Bukit Aman sedang menyiasat kes tersebut.

AKTIVIS dan pereka grafik Fahmi Reza ditahan polis pada Jumaat atas dakwaan menghasut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan penangkapan itu, sambil menambah bahawa Bukit Aman sedang menyiasat kes tersebut.

Terdahulu, pelayar Twitter @esshims memuat naik tweet memaklumkan bahawa Fahmi ditangkap.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia sedang dibawa ke balai polis Dang Wangi sekarang kerana senarai playlist 'Dengki ke?' menerusi platform penstriman muzik Spotify" katanya pada hari Jumaat.

Dalam tweet lain, dia berkata Fahmi dibawa ke balai polis Dang Wangi. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain