suria

Kes baharu 2,776... 300 di ICU, 13 lagi korban Covid-19

Malaysia merekodkan 2,776 jangkitan baharu Covid-19 pada Isnin.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,776 kes baharu, menjadikan keseluruhan 395,718 kes setakat Isnin.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 24,713 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 2,776 kes baharu yang dilaporkan, 2,773 kes merupakan penularan tempatan dan baki tiga kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 2,690 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor rekod kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 762 kes, diikuti Sarawak (615), Kelantan (343) dan Johor (309).

Perlis pula merekodkan sifar jangkitan pada hari ini, manakala Putrajaya, Labuan dan Terengganu merekodkan kes jangkitan satu digit.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 13 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,449 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 1,803 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 369,556 kes.

"Sehingga kini, terdapat 300 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 133 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain