suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin naik... Malaysia catat 3,788 kes baharu Covid-19, Selangor rekod jangkitan tertinggi

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,788 kes baharu, menjadikan keseluruhan 408,713 kes, setakat Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 29,227 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,265 kes, Sarawak (760) dan Kelantan (464).

ARTIKEL BERKAITAN: 3,332 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor masih catat kes harian tertinggi

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 14 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan Jumaat.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,506 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 2,640 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 377,980 kes.

"Sehingga kini, terdapat 328 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 161 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain