suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Acryl Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (dua dari kanan) menerima surat pelantikannya daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin (tiga dari kanan) pada Jumaat.

DATUK Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.

Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan bersara pada 3 Mei, setelah dua tahun memegang jawatan itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pelantikan Acryl Sani akan berkuat kuasa pada 4 Mei.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyampaikan surat pelantikan kepada Acryl Sani pada Jumaat.

Acryl Sani, 59, berpengalaman luas dalam PDRM dan telah membantu beberapa jabatan di Bukit Aman seperti Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Sumber Strategik dan Pengarah Teknologi (StaRT) serta Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) selain menjadi pegawai penyiasat, Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Negeri.

Beliau dilantik sebagai Timbalan IGP pada 14 Ogos 2020. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain