suria

Covid-19: Lagi 14 sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup

Lagi 14 buah sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup selama dua hari susulan kes Covid-19. Gambar hiasan

VIRUS Covid-19 terus menular dengan beberapa kes baharu dikesan di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan terbaharu, sebanyak 14 lagi sekolah di negeri tersebut diarahkan tutup selama dua hari.

Menurut Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD, sekolah-sekolah tersebut perlu ditutup bagi membolehkan pihaknya mengesan kontak rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Lagi 13 sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup

Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Batu, SK King George V, SK Labu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Forest Heights, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa dan SJKC Chung Hua.

"Turut terkesan ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lorong Java, SMK Bukit Kepayang, SJKT Nilai, SMK ST Paul, SMK King George, SMK Kompleks KLIA, SMK Bukit Mewah dan SJKC Bandar Springhill," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya, semua sekolah yang terlibat ditutup sehingga 4 Mei bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan proses disinfeksi.

Penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD berkaitan, ujarnya lagi.

Katanya, ibu bapa bagaimanapun tidak perlu panik berikutan kerja-kerja sanitasi akan dilakukan dalam kadar segera. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain