suria

Tangki minyak terbakar: Seorang maut, 3 lagi cedera ringan

Dua buah tangki minyak mentah di sebuah kilang di Telok Panglima Garang terbakar mengakibatkan seorang maut. - Foto: Sinar Harian

DUA buah tangki minyak mentah di sebuah kilang di Jalan Perak, Kawasan Industri Telok Penglima Garang, Selangor terbakar pada petang Sabtu.

Kejadian tersebut mengakibatkan seorang maut dan tiga lagi cedera ringan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.36 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Telok Panglima, BBP Banting dan BBP Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kebakaran melibatkan dua buah tangki minyak mentah yang terbakar kira-kira 50 peratus," katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya, terdapat empat mangsa yang terlibat dalam kejadian dan seorang daripada mereka meninggal dunia.

"Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain