suria

Covid-19: Malaysia rekod 7,748 jangkitan baharu, 86 lagi korban

Malaysia merekodkan 7,748 kes baharu positif Covid-19.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 7,748 kes baharu, pada Jumaat.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan 603,122 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 76,218 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 8,209 kes baharu Covid-19, Selangor lepasi 3,000 jangkitan harian!

Daripada 7,748 kes baharu yang dilaporkan, 7,746 kes merupakan penularan tempatan dan baki dua kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,612 kes, diikuti Kuala Lumpur (851), Negeri Sembilan (709), Sarawak (706) dan Johor (446).

Perlis pula merekodkan lapan kes pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 86 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,182 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 6,624 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 515,571 kes.

"Sehingga kini, terdapat 883 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 459 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain