suria

7,452 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,509 kes.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 7,452 kes baharu pada Sabtu.

Ia menjadikan keseluruhan 610,574 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 16 juta dos vaksin bakal diterima, pendaftaran automatik antara komitmen kerajaan pastikan PICK berjaya - PM

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,509 kes.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia diikuti Negeri Sembilan (843), Kuala Lumpur (678) dan Sarawak (651).

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu petang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 109 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 3,291 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 109 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 3,291 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 6,105 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 521,676 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 886 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 446 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain