Atiq Azman jatuh lagi, kali ini motosikal ‘total loss’ - “Ada pasir atas jalan, terus hilang kawalan”

PELAKON Raja Atiq yang kini ingin dikenali sebagai Atiq Azman terbabit kemalangan jalan raya apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya hilang kawalan di Senawang, Negeri Sembilan pada Rabu.

Gara-gara kemalangan tersebut, Atiq dikejarkan ke Hospital Jelebu dan menerima rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, dia hanya mengalami kecederaan ringan dan doktor membenarkannya pulang ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman makin berani ‘upload’ video mesra dengan lelaki - “Minta maaf, saya hanya berlatih berlakon”

“Alhamdulillah... saya hanya alami kecederaan ringan di bahagian kaki dan tangan! Doktor benarkan pulang selepas pemeriksaan dilakukan.

“Punca kemalangan... nak kata bawa laju, tak juga! Tapi saya dapat rasa ada pasir di jalan tersebut yang menyebabkan saya hilang kawalan. Mujur ada beberapa orang teman dalam konvoi tersebut yang membantu.

“Motosikal boleh dikatakan total loss! Serik nak main motor semula, mungkin saya perlu rehat untuk beberapa minggu sebelum kembali semula dengan aktiviti ini, ” katanya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi