Wan Maimunah tak sanggup tengok kepayahan frontliner - “Allah uji kita, bagi kesedaran kepada yang kurang sedar”

PADA usia 63 tahun, pelakon veteran Wan Maimunah akui gagal menahan hiba tatkala melihat jerih perih petugas barisan hadapan berjuang memerangi wabak Covid-19.

Kata Wan Maimunah, sepanjang hayatnya ini kali pertama dia melihat suasana yang sangat asing apabila seluruh bandar Kuala Lumpur kosong tanpa penghuni berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ya Allah... kosongnya bandar, kalau raya pun tidak sekosong itu... Subhanallah.

“Ini bukan perintah berkurung lagi tapi suasana jadi macam tu, Allahuakbar, ” ujarnya kepada mStar.

Wan Maimunah terlibat dalam filem Frontliner yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif, tidak lama lagi.

Filem turut menampilkan nama-nama besar lain seperti Azhan Rani, Beto Kusyairy, Farah Ahmad dan Achey sebagai teraju utama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi