suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Merapu ja, tak special pun!” - Masya Masyitah malu-malu diusik bercinta dengan Usop, tapi puji melambung

PENYANYI Masya Masyitah mengakui sempat mengirimkan ucapan buat sahabatnya Usop yang kini beraksi di pentas Big Stage.

Namun Masya, 20, berharap hubungan rapat dengan Usop tidak disalah ertikan.

“Kami kawan dalam industri, tiada apa-apa hubungan istimewa. Tapi saya ada cakap good luck supaya dia buat yang terbaik.

“Saya tahu Usop ada keyakinan beraksi di pentas dan tidak kekok... mesti dia boleh handle sendiri, ” ujarnya kepada mStar.

Masya ditemui di sidang media tayangan perdana kandungan Astro sempena hari kemerdekaan di TPC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, dia teruja dapat bersama penyanyi hebat seperti Syamel, Ara Johari, Sufi Rashid, Putera tampil menerusi lagu Sehati Malaysia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi