suria

“Komen Mas Idayu lagi pedas!” - Baby Shima terkenang kisah Big Stage, komen Ajai kategori ‘biasa’

PERNAH menyertai dua program realiti nyanyian iaitu Big Stage musim pertama dan D'Academy Asia musim ketiga, penyanyi Baby Shima mengakui komen yang diterima daripada Mas Idayu lebih 'pedas' dan menakutkan.

Shima bagaimanapun berkata dia menerima komen tersebut dengan hati terbuka dan terus berusaha memperbaiki kelemahan diri.

“Seram (komen Mas Idayu)... namun saya terima komen itu dengan hati terbuka dan berjumpa dengannya secara peribadi bertanya apa yang perlu diperbaiki. Bagi saya komen Mas Idayu lebih pedas.

ARTIKEL BERKAITAN: Marah Baby Shima, Mas Idayu Dicemuh Netizen

“Untuk Big Stage 2020, saya rasa semua peserta berbakat... saya pun tak ada banyak pengalaman cuma nasihat untuk semua peserta terima sahajalah komen juri itu dan perbaiki apa yang perlu. Ingat jangan mudah putus asa!, ” katanya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi