suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajai mohon maaf secara ‘live’ di Big Stage 2020 - “Komen baik buat pengsan itu gurauan untuk sejukkan hati Hafiz”

GARA-GARA komen yang diberikan kepada Dr Hafiz Zainal pada konsert minggu pertama Big Stage 2020, juri tetap Ajai menerima kecaman dan kritikan hebat penonton di laman sosial.

Mengakui komennya itu kedengaran kasar, Ajai berkata niatnya hanyalah untuk mendidik peserta supaya menjadi penyanyi 'evergreen' yang akan diingati sepanjang zaman.

"Sejujurnya, enam hari saya tak buka Instagram... pada saya industri ini kecil sahaja, industri (muzik) macam fesyen jadi saya kena akur!

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu markah profesional daripada saya!” - Ajai tak anggap komen bersifat jahat, hanya mahu didik 'BBNU'

"Saya ikhlas... mungkin penyampaian saya agak kasar tapi saya dah dilatih oleh nama besar industri, yang mana lebih teruk saya kena, cuma pada saya ini tidak seteruk itu.

"Baik buat pengsan itu hanya gurauan... apabila suasana dan tegang, mungkin saya bukan pelawak jadi tak nampak macam joke! Saya nak sejukkan hati dia (Hafiz)... logiknya tak mungkin nak suruh dia buat pengsan!," katanya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Ajai, Hafiz Zainal, big stage 2020


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi