Elly Mazlein puji Budak46, kagum bakat anak istimewa - “Dia ada vision yang sangat A!”

PENYANYI dan pelakon Elly Mazlein berkongsi cerita tentang Budak46 yang menjadi tetamunya dalam rancangan MeleTOP baru-baru ini.

Menurut Elly Mazlein yang lebih mesra disapa Kak Lina, pada mulanya dia terkejut apabila mengetahui Budak46 atau nama sebenar Muhamamd Ammar adalah anak istimewa.

“Kak Lina sebenarnya agak terkejut sebab Ammar seorang anak istimewa, tapi istimewa dia sangat lain... dia sangat brilliant.

“Selama ini kita hanya lihat dia di Instagram dan YouTube tapi dia sangat istimewa dan Kak Lina sayang dengan dia, ” ujarnya kepada mStar.

Tambahnya, Budak46 adalah seorang remaja yang mempunyai perancangan untuk masa hadapan.

“Dia cakap lepas ini dia akan serius untuk buat YouTube dan hasilkan konten-konten yang menarik... saya terkesima mendengarnya," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Elly Mazlein, Budak46, Artis Sensasi,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi