suria

“Dulu Syafiq Kyle berapa je follower?” - Johan As'ari ‘back up’ stesen TV isu tolak pelakon ‘sendu’ media sosial

AKTOR Johan As'ari berpendapat jumlah pengikut di Instagram bukanlah penentu seseorang pelakon ditawarkan peluang lakonan.

Menurut Johan, stesen televisyen tidak menjadikan jumlah follower media sosial sebagai kayu ukur dalam memberi kelulusan kepada penerbit memilih pelakon, sebaliknya ada faktor lain turut mempengaruhi keputusan mereka.

“Stesen TV tak buat macam tu pun, saya borak dengan ramai pengarah, mereka kata boleh pilih siapa sahaja pelakon mereka nak. Jadi soal follower ramai atau tak itu bukan isu.

ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi kena ‘reject’ stesen TV sebab Instagram ‘sendu’ - “Nak beli followers rasa macam menipu, apa patut saya buat?”

“Sebagai pelakon kena pandai promosikan diri, saya bukan nak gaduh dengan sesiapa... cuma bagi pandangan. Ramai pelakon dulu pun tak ramai follower tapi masih diberi peluang berlakon.

“Stesen televisyen bukan begitu... mungkin mereka juga melihat kepada karya. Stesen mungkin terpaksa mencari artis yang ramai follower kerana karya itu klise dan tak kuat, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi