suria

Amerul Affendi kena ‘reject’ stesen TV sebab Instagram ‘sendu’ - “Nak beli followers rasa macam menipu, apa patut saya buat?”

Amerul hanya mempunyai lebih 100,000 pengikut di laman Instagram.

BERILAH apa saja watak, sudah pasti pelakon Amerul Affendi mampu membawanya dengan baik walau kelibatnya jarang kelihatan dalam mana-mana drama dan telefilem di televisyen.

Menurut Amerul, 34, dia menyedari pihak stesen televisyen tidak mahu mengambilnya berlakon selagi pengikutnya di laman sosial tidak mencecah lebih 500,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV Kerana Tidak Kacak

Susulan itu pemilik nama Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi ini meminta pendapat netizen mengenai apa yang perlu dilakukan memandangkan dia enggan menggunakan jalan pintas dengan membeli pengikut.

Nak beli follower saya rasa menipu pihak stesen televisyen pula. Bukan ke itu berdosa?

AMERUL AFFENDI

PELAKON

"Instagram baru ada 100,000 followers. Maknanya lambat lagi stesen televisyen nak ambil berlakon dalam produksi mereka. Sebab depa (mereka) kata 500,000 baru dipertimbangkan.

"Nak beli followers saya rasa menipu pihak stesen televisyen pula. Bukan ke itu berdosa? Jadi apa patut saya buat?" tulis Amerul di Twitter miliknya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberitahu biarpun dia tidak muncul di televisyen namun bakatnya sentiasa dihargai peminat.

Sebelum ini, Amerul pernah meluahkan rasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen TV disebabkan tidak mempunyai kriteria yang diperlukan.

Luahan Amerul di Twiter miliknya.

Dalam pada itu, keluhan Amerul itu mendapat perhatian beberapa rakan selebriti antaranya Sharifah Amani dan Bront Palarae.

"Ini sebabnya anda perlu follow pelakon kegemaran anda di Instagram. Tak cukup followers bermakna tiada job bermakna tidak cukup duit untuk menyara keluarga. Ya, tak masuk akal tapi benda ini memang terjadi," kata Amani.

"Patut bersyukur bro. Tak keluar TV tapi masih disayangi dan dihormati. Tuhan jaga mu daripada noda dan goda," demikian menurut Bront.

Untuk rekod Amerul pernah menerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019 di Kuching, Sarawak menerusi filem Crossroads: One Two Jaga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain