suria

Ini 12 fakta penting tentang Alya Iman, mula jadi model muslimah sejak usia 13 tahun

Pelbagai kontroversi mula menghimpit pelakon baharu Alya Iman.

DUNIA hiburan dikejutkan dengan kemunculan nama pelakon baharu Alya Iman selepas didakwa mempunyai hubungan dengan suami orang.

Kontroversi bermula selepas mStar menyiarkan komen Alya berhubung dakwaan dia menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki termasuk pelakon Zizan Razak.

Susulan itu seorang wanita pula mendakwa Alya mempunyai hubungan dengan suaminya iaitu ahli perniagaan berusia 30 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman pula dituduh jalin hubungan dengan Zizan, ini pengakuan sebenar apa yang berlaku - “Kami hanya kawan, itu fitnah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman dituduh jadi ‘gold digger’, rampas suami orang - “Segala hadiah dah dipulangkan... maaf kepada yang terluka”

Akhirnya Alya melalui satu kenyataan tampil memohon maaf dan mengakui sudah bertunang dengan lelaki berkenaan pada 27 Februari lalu namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac.

Alya bersama Allahyarham bapanya, pelakon Azmil Mustapha.

Jom kita semak fakta mengenai Alya Iman serta serba sedikit isu dan kontroversi yang berlaku akhir-akhir ini!

1. Nama sebenar Alya ialah Nur Alya Iman Azmil. Dia berusia 19 tahun, merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik.

2. Alya merupakan anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha iaitu pelakon era 80-an yang popular menerusi filem Ali Setan.

Allahyarham bapanya meninggal dunia pada Februari 2018 ketika usia 65 tahun di kediaman keluarganya di Shah Alam akibat sakit jantung.

3. Azmil pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Hasil perkahwinan pertamanya, Azmil dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Shamira manakala hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Allahyarham dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri dan Nur Alya Iman.

Alya bergandingan dengan Syafiq Kyle untuk drama, Senafas Rindu.

4. Alya memulakan karier sebagai seorang model sejak di bangku sekolah iaitu pada usia 13 tahun dengan memperagakan koleksi muslimah butik-butik tempatan.

5. Dia memulakan langkah dalam dunia lakonan menerusi telefilem Lelaki Kelas Sebelah membawa watak kawan baik kepada pelakon Nabila Razali yang memegang watak utama. Telefilem tersebut disiarkan di TV3 pada Januari 2019 sempena Anugerah Juara Lagu 33.

6. Bakatnya diterima baik menerusi drama Senafas Rindu yang disiarkan di Astro pada 2019. Alya yang memegang watak Shafika dalam drama tersebut turut bergandingan dengan barisan pelakon popular seperti Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan.

Saya dan Zizan hanya berkawan sahaja, komen yang ditulis itu semua tidak betul.

ALYA IMAN

PELAKON

7. Menerusi satu temu bual media pada 2018, Alya pada awalnya akui tidak menyangka akan berkecimpung dalam bidang lakonan namun berubah fikiran selepas dihubungi pihak Astro yang menawarkannya watak Shafika untuk drama Senafas Rindu.

"Pada mulanya, saya tak sangka saya akan berlakon tapi sebelum arwah babah pergi dia ada cakap kalau nak, saya boleh cuba berlakon selepas habis menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Tapi, apabila dapat panggilan daripada Astro beberapa bulan sebelum SPM, saya buat keputusan untuk cuba. InsyaAllah, mana tahu ini rezeki saya untuk ikut jejak babah," katanya pada ketika itu.

8. Alya enggan dikenali sebagai anak kepada Azmil kerana menyifatkan ia sebagai satu 'bebanan' lebih-lebih lagi ketika namanya berdepan kontroversi.

Seorang individu mendakwa Alya mempunyai hubungan cinta dengan Zizan Razak.

9. Memetik laporan mStar pada Jumaat, seorang individu mendakwa Alya menjalinkan hubungan cinta dengan pelawak Zizan Razak, namun dia menafikan perkara itu dan menjelaskan hubungan itu hanya sekadar kawan.

"Saya dan Zizan hanya berkawan sahaja, komen yang ditulis itu semua tidak betul.

"Saya pun tidak tahu siapa yang nak buat (fitnah) saya macam ni, mungkin orang dengki atau dendam dengan saya," katanya.

10. Namun pada Sabtu, nama Alya terus hangat diperkatakan selepas seorang wanita dikenali sebagai Penny mendakwa suaminya yang merupakan ahli perniagaan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan Alya selama setahun.

Malah, pendedahan tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang menggelarkan Alya sebagai 'gold digger' yang menggunakan lelaki kaya untuk kesenangan hidup.

Alya turut dituduh mengikis wang bekas kekasih dan mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

11. Bukan setakat itu, seorang lagi individu yang mengaku sebagai bekas kekasih Alya mendakwa berhabis sebanyak RM2.3 juta untuk perbelanjaan peribadi pelakon berkenaan.

"Dia kekasih saya pada Januari 2020. Saya dah habis RM2.3 juta dengan dia saja. Duit tu tak boleh buat dia kaya pun... takkan pernah cukup.

"Budak culture shock baru masuk industri. Dia nak rapat dengan seorang kerabat, tapi saya sekat awal-awal," tulisnya.

12. Bagaimanapun pada Ahad, Alya tampil membuat permohonan maaf menerusi Instagram Story dan mengakui naif dan pernah melakukan kesilapan sewaktu usia mudanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain