suria

Nabila Huda geram... nak cari video kelakar tapi nama Alya Iman yang keluar di 'timeline' - “Dia buat saya letak telefon!”

Nabila Huda rimas nama Alya Iman muncul di laman sosial.

SUSULAN kontroversi menjalinkan hubungan dengan suami orang, nama pelakon baharu Alya Iman hangat diperkatakan netizen sehingga menjadi trending di Twitter.

Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan tanda-tanya aktres Nabila Huda yang meluahkan rasa rimas apabila nama pelakon dan model berkenaan sering keluar di timeline laman sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman dituduh jadi ‘gold digger’, rampas suami orang - “Segala hadiah dah dipulangkan... maaf kepada yang terluka”

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman pula dituduh jalin hubungan dengan Zizan, ini pengakuan sebenar apa yang berlaku - “Kami hanya kawan, itu fitnah!”

Menurut Nabila, tujuannya untuk mencari video-video kelakar terbantut apabila muncul pelbagai story berkaitan pelakon itu.



Alya didakwa rapat dengan lelaki-lelaki kaya.

"Alya Iman ni siapa? Dekat timeline Instagram banyak gila. Dia buat Abil terus letak je phone, malas nak tengok story sebab tak tahu siapa.

"Orang nak buka story sebab nak tengok video kelakar, tapi Alya, Alya, Alya... Who is Alya? Sesiapa boleh ceritakan pada saya?" ujarnya.

Ciapan Nabila itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka mula menjelaskan kontroversi yang berlaku sejak Jumaat lalu.

Saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu.

ALYA IMAN

PELAKON

Dalam pada itu, Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 19, membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosialnya.

Katanya, segala kecaman, nasihat dan fitnah diterima dengan hati yang terbuka dan perkara yang berlaku ini akan menjadikan dia lebih matang.

"Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya.

"Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah," tulisnya.

Pada Jumaat, isteri kepada seorang ahli perniagaan menerusi Instagram mendakwa suaminya mempunyai hubungan dengan pelakon telefilem Lelaki Kelas Sebelah itu sejak setahun lalu.

Alya kemudian tampil mengakui perkara itu dan memberitahu dia sudah bertunang dengan ahli perniagaan berkenaan, namun hubungan itu berakhir pada Mac lalu.



Alya anggap cacian dan nasihat akan mematangkan dirinya.

Dalam pada itu, anak kepada Allahyarham pelakon Azmil Mustapha ini mengakui, apa yang berlaku disebabkan dirinya terlalu muda untuk menilai sesuatu perkara.

"Saya akui saya pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

"Dulu saya muda dan naif, saya minta maaf kepada semua yang saya pernah sakiti," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain