“Kau tak dengar pun apa aku rap!” - Bunga Isme kecil hati kumpul peminat hanya sebab pakai baju kurung, bukan bakat

PENYANYI Rap, Bunga Isme terkilan apabila ada segelintir pihak mempertikaikan penampilannya semasa melakukan aktiviti harian.

Namun jelas Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 20, dia hanya akan mengenakan baju kurung ketika membuat persembahan pentas.

“Ramai orang pertikaikan kononnya sekarang dah lain... tapi saya nak beritahu kalau nak tengok saya berbaju kurung, tontonlah persembahan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal identiti gadis Melayu, penyanyi rap Bunga tak akan tanggal baju kurung!

“Kalau menyanyi di pentas memang saya akan berbaju kurung tapi kalau aktiviti luar seperti ke mana-mana majlis atau berlakon situasinya lain.

“Sejujurnya saya rasa sedih sebab kalau betul minat, bagilah sokongan. Ada yang cakap mereka minat saya hanya kerana berbaju kurung! Bermaksud bukanlah minat bakat nyanyian saya, ” katanya.

Penyanyi lagu Bunga ini ditemui semasa tayangan perdana filem Aku, Bunga yang akan ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 13 Ogos ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi