Nana Sheme terasa diri macam biskut ‘chipsmore’, nafi gimik - “Tekanan perasaan bukan datang dari industri!”

PENYANYI Nana Sheme menafikan tindakannya menutup laman sosial Instagram dan berkongsi luahan mengenai tekanan perasaan yang dihidapi sejak berusia 12 tahun merupakan gimik sebelum menyertai program nyanyian Big Stage 2020.

Menurut Nana, perkongsian pengalamannya itu bertujuan untuk menyedarkan peminat dan membantu mereka yang sedang berdepan dengan masalah yang sama.

“Bukan gimik... tekanan yang saya lalui ini bukan dalam industri semata-mata. Saya nak kongsi daripada awal dulu, tapi tak bersedia sebabkan ini hal peribadi. Sekarang ini apabila dah sembuh saya kongsi pula untuk bantu orang lain yang sedang berdepan benda sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami masalah mental, Nana Sheme jumpa pakar psikiatri ketika usia 12 tahun - “Saya berehat dari laman sosial untuk rawat trauma”

“Sejujurnya, saya masih ada perasaan takut apabila di atas pentas tapi bersyukur sebab ramai kawan-kawan yang beri sokongan dan buat saya tak terasing dan sedang biasakan diri dengan apa yang berlaku di sekeliling saya, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nana sheme, big stage 2020, bbnu
Semua
Hiburan
Berita
Variasi