suria

Alami masalah mental, Nana Sheme jumpa pakar psikiatri ketika usia 12 tahun - “Saya berehat dari laman sosial untuk rawat trauma”

Penyanyi Nana Sheme pernah alami trauma pada usia 12 tahun.

SETELAH hampir sebulan menyepikan diri akibat berdepan masalah tekanan perasaan, penyanyi Nana Sheme kini kembali aktif di laman sosial dengan semangat baharu.

Nana berkata, tempoh tersebut digunakan sebaiknya untuk memperbaiki diri dan hubungannya bersama keluarga serta orang sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Sheme berehat dari media sosial, tertekan industri seni bukan lagi sekadar menyanyi - “Mungkin saya belum bersedia”

"Sejujurnya, itu keputusan yang terbaik saya pernah buat untuk diri sendiri.

"Dalam proses berehat dari media sosial tu, saya lebih banyak berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling dan memperbaiki hubungan yang selama ini ditinggalkan," katanya kepada mStar.

Nana syukur dapat luang lebih banyak masa dengan keluarga tanpa media sosial.

Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 25, turut menyedari keadaan kesihatan mental yang dialami juga bertambah baik sepanjang proses tersebut.

Penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini juga berkata dia sudah kembali ceria dan kurang berasa tertekan.

"Alhamdulillah, dalam masa yang sama, saya sedar ada banyak perubahan dari segi kesihatan mental yang saya alami.

"Orang mungkin tak nampak sebab saya tak tunjuk, tapi saya rasa sangat gembira dan ia bukan sebab saya nak capai jangkaan peminat mahupun industri," jelasnya.

Nana tidak lagi tertekan.

Tambah Nana, dia kembali dengan semangat baharu dan enggan lagi memikirkan reaksi netizen.

Nana berkata dia kini lebih teruja untuk menghasilkan lagu-lagu dan video menarik untuk peminat-peminatnya.

"Sekarang ni saya dapat rasa menggunakan aplikasi seperti TikTok mahupun laman sosial sendiri merupakan salah satu cara untuk saya gembirakan diri sendiri daripada asyik fikirkan apa yang orang akan buat untuk jatuhkan saya atau buat saya rasa tertekan.

"Saya rasa lebih bersemangat untuk hasilkan lagu-lagu baru mahupun video-video untuk tontonan peminat selepas berehat dari media sosial," ujarnya.

Saya memang pernah trauma ketika kanak-kanak.

NANA SHEME

PENYANYI

Bagaimanapun, Nana akui keputusannya untuk berehat dari laman sosial bukan disebabkan tekanan dari peminat dan industri semata-mata.

Malah, penyanyi ini memberitahu pernah berjumpa pakar psikiatri berikutan trauma yang dialami ketika berumur 12 tahun.

"Sebenarnya, pada usia 12 tahun saya pernah berdepan dengan masalah trauma dan berjumpa pakar psikiatri.

Nana berehat dari laman sosial pada Mei lalu.

"Jadi, apa yang saya buat ni bukan semata-mata kerana nak jauhkan diri dari industri tapi merawat masalah trauma yang saya hadapi.

"Saya bukan mangsa tapi sebagai seorang pejuang atau survivor," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nana Sheme

Artikel Berkaitan

Artikel Lain