Nana Sheme berehat dari media sosial, tertekan industri seni bukan lagi sekadar menyanyi - “Mungkin saya belum bersedia”

Nana Sheme mahu berehat dari tekanan yang dihadapi dalam industri seni dan memperbaiki diri mendapatkan semula momentum sebagai penyanyi.

KEMBALI aktif dalam industri seni selepas tiga tahun menyepi bukan sesuatu yang mudah buat penyanyi lagu Hantu Atau Buaya iaitu Nana Sheme.

Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 25, berkata, dia menghadapi masalah untuk mencapai jangkaan yang diharapkan dalam industri hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Sheme lega tunaikan janji bapa buat arwah ibu

Justeru itu, Nana mengambil pendekatan untuk berehat daripada media sosial bagi mendapatkan momentum semula sebagai penyanyi.

"Sebenarnya saya dah lama ada battle dengan diri sendiri di mana saya cuba untuk capai jangkaan orang-orang dalam industri muzik. Saya baru nak mulakan semula karier saya sebagai seorang penyanyi jadi untuk dapatkan semula momentum tu agak susah untuk saya.



Nana Sheme berehat daripada media sosial sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.

"Jadi saya buat keputusan untuk berehat sekejap daripada media sosial bukan sebab saya sedih malah saya gembira untuk buat perkara ni untuk diri saya sendiri," katanya kepada mStar.

Mengulas tentang tekanan yang dihadapi, Nana berkata, dia terpaksa mengubah sikapnya yang pendiam dan pemalu kepada seorang yang peramah ketika bekerja.

Selain itu, Nana berkata kehendak industri seni pada masa kini sangat berbeza daripada dia mula-mula berkecimpung dalam bidang nyanyian sekitar tahun 2014.

"Perkara ini datang daripada saya yang merupakan seorang introvert tetapi atas urusan kerja, saya terpaksa menjadi seorang extrovert.

Saya perlu puaskan hati orang, ikut kehendak peminat dan pendengar.

NANA SHEME

PENYANYI

"Masa mula-mula masuk industri dulu, saya boleh jadi diri sendiri dan bila orang berkenan dengan apa yang saya lakukan, orang senang hati.

"Tapi sekarang ni, benda dah jadi terbalik di mana saya perlu puaskan hati orang, ikut kehendak peminat dan pendengar.

"Dulu ia lebih kepada menyanyi di hadapan kamera tapi sekarang saya perlu buat sesuatu yang agak luar dari kebiasaan saya sebagai penyanyi," ujar Nana.

Nana berkata, dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu industri mahupun netizen yang menjangkakan sesuatu yang lebih daripada sekadar nyanyian.



Nana Sheme tidak berniat untuk meraih publisiti dengan keputusan yang dibuat.

"Mungkin saya masih belum bersedia atau belum dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam industri ini.

"Semua orang menjangkakan sesuatu yang lebih daripada kami sebagai anak seni, tidak kira industri mahupun netizen sendiri," jelasnya.

Dalam pada itu, Nana berkata dia tidak berniat untuk meraih publisiti dan keputusan ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Malah, dia perlu bersikap lebih profesional atas tanggungjawabnya terhadap pihak pengurusannya.

"Saya tak salahkan sesiapa tapi saya salahkan diri saya sendiri. Ini masalah saya sendiri.

"Apa yang saya buat ni bukan untuk raih publisiti atau apa-apa, kalau begitu baik saya kongsi sahaja semua perasaan sedih supaya orang akan sentiasa bertanya khabar saya dan berikan perhatian kepada saya.

"Saya juga ada tanggungjawab ke atas pihak pengurusan. Takkan lah saya tak menyumbang langsung kepada pihak pengurusan yang menjaga saya selama saya dalam industri. Jadi saya perlu jadi lebih profesional," tegasnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nana Sheme

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain